Ruang Kaunseling: cerita untuk sembuh
Setiap orang mempunyai cerita tersendiri. Cerita yang dipenuhi pengalaman, pengajaran, cabaran, dan memori yang membentuk siapa kita hari ini. Ada yang masih samar, ada yang masih sakit, dan ada yang belum sempat difahami. Ruang ini wujud untuk bantu anda melihat semula cerita itu dengan lebih jelas, lebih jujur, dan lebih lembut terhadap diri sendiri. Di sini, kita belajar mengenal emosi, memahami hubungan, dan mencari makna di sebalik apa yang sedang dirasa.
Kesihatan Mental
Tanda-tanda kebimbangan (anxiety)
Kadang-kadang, jantung kita berdegup laju tanpa sebab yang jelas. Tangan mula berpeluh, fikiran rasa berserabut, dan sukar untuk bernafas seperti biasa. Kita cuba bertenang, tapi rasa risau itu tetap datang – senyap-senyap, tapi kuat. Ada hari kita rasa takut nak keluar rumah, ada hari kita rasa seperti semua orang sedang menghakimi. Kita mungkin fikir, “Kenapa aku jadi begini?” Inilah antara wajah-wajah anxiety yang sering tidak disedari, tapi perlahan-lahan mempengaruhi kehidupan seharian kita.
Saya tak boleh kawal emosi. Kadang-kadang marah datang tiba-tiba, sedih muncul tanpa sebab yang jelas. Rasa hati jadi kacau, sukar untuk jelaskan pada orang lain apa yang sedang berlaku dalam diri. Lepas tu mula rasa bersalah kenapa aku tak boleh bertenang macam orang lain? Tapi sebenarnya, emosi bukan musuh. Kita hanya perlu belajar untuk faham, bukan lawan.
Burnout
Sudah buat banyak, tapi tetap rasa tak cukup. Badan letih, fikiran kosong. Bangun pagi pun terasa berat, seolah-olah semangat hilang entah ke mana. Ini bukan malas, ini burnout. Letih yang bukan sekadar fizikal, tapi emosi dan mental.
Keluarga
Perhubungan
Curang

Kecurangan bukan sekadar melibatkan orang ketiga ia tentang pengkhianatan kepercayaan dan kasih sayang. Bila seseorang curang, yang terluka bukan hanya hati, tapi juga keyakinan terhadap diri dan hubungan. Ia meninggalkan kekosongan, persoalan, dan luka yang sukar dijelaskan. Kadang yang paling menyakitkan bukan apa yang berlaku, tapi bagaimana ia buat kita rasa tak cukup baik. Curang meninggalkan kesan yang mendalam kepada pasangan yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Baca selanjutnya untuk anda tahu bagaiman curang memberi kesan emosi kepada individu dan bagaimana cara untuk proses emosi semasa berhadapan dengan isu ini.
Ketidaksefahaman
Ketidaksefahaman bukan bermaksud dua orang itu tak serasi kadang ia cuma tanda bahawa ada perkara yang belum difahami sepenuhnya. Bila dua hati datang dari latar belakang dan cara fikir yang berbeza, salah faham boleh mudah berlaku. Kebiasaannya berpunca dari masalah komunikasi dimana pasangan hanya melihat and mendengar kepada pendapat diri sendiri tanpa melihat kepada perspektif yang berbeza. Kemuncak kepada ketidakfahaman boleh membawa kepada perceraian akibat daripada berlakunya masalah emotional supression dalam perhubungan atau perasaan overwhelmed yang tidak diproses dengan cara yang betul. kenalpasti cara corak komunikasi dengan lebih mendalam dapat membantu masalah ini.